PKP: Sabar, tabah hadapi Covid-19

Iklan
WAN SALIM

SHAH ALAM - Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) adalah masa untuk meningkatkan ilmu dan kemahiran yang berkaitan dengan kerjaya supaya prestasi bertambah baik.

Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor berkata, ketika ini juga ibu bapa boleh membantu anak-anak dalam pelajaran dan membimbing mereka dalam ilmu agama.

Iklan
Iklan

Justeru beliau menasihatkan masyarakat tidak berputus asa dan bersabar menghadapi wabak koronavirus (Covid-19) kerana ada hikmah yang tersirat.

"Renungilah firman ALLAH yang bermaksud, 'Tiada yang berputus asa daripada rahmat ALLAH melainkan orang-orang yang kafir." (Surah Yusuf ayat 87)

Iklan

Menurutnya, sebenarnya inilah masa terbaik untuk ahli keluarga berkumpul di rumah kerana sebelum ini masing-masing sibuk bekerja.

"Untuk mengatasi perasaan bosan, ahli keluarga boleh menonton televisyen bersama dan drama yang dapat membina akhlak.

Iklan

"Begitu juga dengan memilih saluran yang boleh menambahkan lagi maklumat dan pengetahuan," katanya kepada Sinar Harian di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Wan Salim menambah, mulai minggu depan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mengadakan sesi Pembelajaran melalui Televisyen Pendidikan.

"Rancangan ini akan dilaksanakan menerusi saluran baharu RTM iaitu TV Okey.

"Ini adalah peluang keemasan yang perlu dimanfaatkan oleh semua pihak terutama ibu bapa dan murid-murid sekolah dalam tempoh PKP dikuatkuasakan," katanya.