Konon jumpa bayi, rupanya anak sendiri!

Iklan
Bayi lelaki dilahirkan sihat didakwa ditingggalkan di tangga rumah suspek rupa-rupanya anaknya sendiri.

IPOH - Seorang bayi lelaki ditemui masih hidup ditinggalkan di tangga di sebuah rumah di Kampung Batu 9, Chemor di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, polis menerima maklumat daripada orang awam berhubung penemuan bayi yang masih sihat dan bertali pusat itu.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz berkata, hasil siasatan yang dijalankan mendapati bayi tersebut merupakan milik salah seorang penghuni rumah terbabit.

Menurutnya, wanita berusia 22 tahun itu telah mereka cerita bahawa bayi tersebut ditinggalkan oleh seseorang di atas tangga pada jam 3 pagi sebelum bapanya memaklumkan kejadian itu di balai polis berhampiran.

Iklan

"Pasukan siasatan membuat pemeriksaan dalam bilik suspek menemui setompok darah di atas lantai. Pemeriksaan lanjut menemui tompokan darah yang banyak di bahagian bawah katil disyaki milik suspek yang baru lepas bersalin.

"Suspek menjelaskan bahawa darah tersebut adalah darah haid, namun soal siasat lanjut diteruskan dan suspek mengakui bayi itu adalah miliknya,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Iklan

A Asmadi berkata, suspek yang ditahan telah dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk menerima rawatan.

"Bayi tersebut dalam keadaan sihat telah ditempatkan di hospital yang sama. Polis telah merampas beg tangan, buku rekod kesihatan dan ubat serta risalah berkaitan penyusuan susu ibu dan panduan pendidikan kesihatan anemia dalam kalangan ibu hamil,” katanya.

Katanya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan mendedahkan dan membuang kanak-kanak di bawah 12 tahun.