Harga RON95, RON97 turun 8 sen, diesel turun 10 sen

Iklan

KUALA LUMPUR - Harga runcit petrol RON95 dan RON97 turun 8 sen seliter, masing-masing kepada RM1.30 dan RM1.60 seliter, berkuat kuasa tengah malam ini hingga 10 April.

Kementerian Kewangan (MOF) dalam satu kenyataan hari ini turut memaklumkan harga runcit diesel pula turun sebanyak 10 sen seliter kepada RM1.58.

Iklan
Iklan

"Penurunan harga runcit produk petroleum ini adalah disebabkan trend harga minyak mentah dunia yang terus menurun, ekoran ketidaktentuan ekonomi global akibat pandemik Covid-19,” katanya.

Menurut kenyataan itu, kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia, serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.- Bernama

Iklan
Iklan