KOTA KINABALU - Kerajaan negeri Sabah secara prinsipnya tidak membenarkan penganjuran bazar Ramadan di seluruh negeri pada tahun ini sebagai usaha membendung penularan jangkitan wabak Covid-19.
Setiausaha Kerajaan Negeri (SKN), Datuk Safar Untong berkata, ia seiring dengan keputusan kerajaan negeri untuk tidak membenarkan penganjuran tamu mahupun pasar tani.
Iklan
Iklan
"Kerajaan negeri akan membuat satu pengumuman rasmi (berhubung perkara ini) nanti termasuk mengenai prosedur operasi standard (SOP) selain melibatkan waktu operasi setiap aktiviti yang ingin dijalankan di negeri ini,” katanya kepada media di sini hari ini.
Menurutnya, kerajaan negeri sedang dalam proses untuk memuktamadkan SOP itu termasuk berkaitan waktu operasi di setiap pasar raya di negeri ini bertujuan memastikan wabak Covid-19 dapat dibendung sepenuhnya.
"Kalau dahulu mungkin (SOP dan waktu operasi) tidak seragam, tetapi sakarang ini kita (kerajaan negeri) akan menyeragamkannya.
"Sebagai contoh, di pasar raya, setiap pekerja dan pengunjung mesti memakai penutup hidung dan mulut serta menggunakan cecair pembasmi kuman,” katanya.- Bernama
Artikel Berkaitan