BAYAN LEPAS - Seorang jurutera kilang ditahan kerana tidak mengendahkan amaran polis ketika sedang berjoging di Taman Jajar, Sungai Ara di sini pada jam 7.30 pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintenden AA Anbalagan berkata, polis memberi tiga kali amaran kepada jurutera berusia 53 tahun itu supaya pulang ke rumah susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).