Jumlah tangkapan langgar PKP turun 6.8 peratus

Iklan
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bercakap pada sidang media di bangunan Perdana Putra hari ini. -Foto Bernama

PUTRAJAYA - Jumlah tangkapan dan penahanan individu yang melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) turun kepada 524 orang atau 6.8 peratus berbanding kelmarin iaitu sebanyak 562 orang.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, jumlah tersebut menunjukkan petanda baik rakyat terhadap pelaksanaan PKP oleh kerajaan.

Iklan
Iklan

"Semalam, 483 individu dituduh di mahkamah. Polis juga menahan 524 individu (semalam) kerana langgar PKP di mana seramai 451 direman dan 73 telah dijamin.

"Sekiranya pematuhan daripada rakyat semakin meningkat, ia perkara yang kita anggap menggembirakan dan diharap berterusan,” katanya pada sidang media (Non-Health) selepas Mesyuarat Khas Menteri Mengenai PKP di sini hari ini.

Iklan

Katanya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) semalam telah melaksanakan 737 sekatan di seluruh negara dengan sebanyak 403,336 kenderaan diperiksa.

"Polis juga telah melakukan sebanyak 25,614 pemeriksaan mengejut. Sebanyak 4,564 premis juga diperiksa polis," katanya.

Iklan

Mengulas mengenai operasi nyah cemar awam Covid-19, Ismail Sabri berkata, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bersama agensi berkaitan telah melaksanakan di seluruh negara.

"Sejak 27 Mac hingga semalam, sebanyak 371 kawasan telah dinyah cemar," katanya.