Rakyat Sabah, Sarawak dikuarantin di negeri masing-masing

Iklan
Ismail Sabri bercakap pada sidang media di bangunan Perdana Putra hari ini. - Foto: Bernama

PUTRAJAYA - Rakyat Sabah dan Sarawak yang pulang dari luar negara dan Semenanjung akan dikuarantin di negeri masing-masing.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia merupakan polisi yang dibuat oleh kedua-dua kerajaan negeri tersebut.

Iklan
Iklan

"Bagi penumpang Sabah dan Sarawak, mereka tidak perlu keluar dan masuk ke pusat kuarantin yang disediakan oleh kerajaan di Kuala Lumpur atau di sekitar.

"Mereka yang pulang di luar negara dengan pesawat akan turun untuk transit di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan selepas itu akan meneruskan penerbangan ke Sabah dan Sarawak. Mereka akan dikuarantin di Sabah dan Sarawak,” katanya.

Iklan

Ismail Sabri yang juga Menteri Pertahanan berkata demikian pada sidang akhbar selepas mesyuarat Jawatankuasa Khas Menteri-menteri Mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di bangunan Perdana Putra di sini hari ini.

Tambah beliau, pusat kuarantin di seluruh negara sudah dibuka mulai hari ini memandangkan hari ini bermulanya kuarantin wajib 14 hari bagi rakyat Malaysia dan mana-mana individu yang masuk ke negara ini.

Iklan

Katanya, senarai pusat kuarantin di seluruh negara boleh dirujuk di laman web www.agc.gov.my.

"Semua rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara perlu menjalani kuarantin wajib. Tidak ada sebarang pengecualian," kata Ismail Sabri lagi.

Ia melibatkan semua laluan darat, udara dan laut di semua pintu masuk negara.

Kemudahan bas akan disediakan untuk membawa semua individu ke pusat kuarantin yang disediakan.

Pada 21 Mac lepas, kerajaan telah mewartakan 409 lokasi sebagai pusat kuarantin bagi menghadapi penularan wabak Covid-19.

Pewartaan itu selaras dengan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988. - Bernama