PUTRAJAYA - Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo hari ini mengumumkan pelantikan Surina Shukri sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) yang baharu untuk tempoh tiga tahun berkuat kuasa esok.
Surina menggantikan Datuk Yasmin Mahmood yang meletak jawatan pada 7 Disember lepas.