BANGKOK - THAILAND. Seorang sami berusia 61 tahun yang dikehendaki polis kerana menyerang secara seksual seorang remaja perempuan berusia 14 tahun akhirnya ditangkap di sebuah kuil di daerah Bang Bua Thong, semalam.
Phra Sorasak Siripattho atau Sorasak Jainok bersembunyi selama 11 tahun dan gagal dikesan pihak berkuasa sejak mahkamah mengeluarkan waran tangkap ke atasnya pada 1 Februari 2008.