KUALA LUMPUR - Kementerian Kewangan sedang memperhalusi sebuah Pakej Rangsangan Khas bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk membantu kesukaran yang dialami industri tersebut pada masa ini.
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz berkata, cadangan pakej rangsangan pelbagai bentuk yang dirangka khas untuk PKS tersebut akan dibawa ke Kabinet minggu depan.