SHAH ALAM - Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bersetuju melanjutkan tarikh tutup permohonan kemasukan ke Universiti Awam (UA), Institut Pendidikan Guru (IPG), Kolej Matrikulasi, Politeknik, Kolej Komuniti dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) melalui saluran UPUOnline dari 7 April 2020 kepada 17 April 2020 pada jam 11.59 malam.
Menterinya, Datuk Dr Noraini Ahmad berkata, tarikh tutup itu dipanjangkan kerana menyedari kesukaran calon-calon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan STPM mendapatkan akses internet ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Iklan
Iklan
"Hari terakhir bagi calon-calon membeli nombor UNIK di BSN bagi tujuan permohonan adalah pada 16 April 2020.
"Hebahan keputusan permohonan calon SPM bagi kemasukan ke UA, IPG, Kolej Matrikulasi, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA dijangka diumumkan pada 3 Jun 2020 dan keputusan permohonan calon STPM/setaraf bagi kemasukan ke program Ijazah Sarjana Muda ke UA dijangka diumumkan pada 18 Ogos 2020,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Noraini berkata, sebarang informasi atau pertanyaan boleh didapati dari laman rasmi Facebook UPU di https://www.facebook.com/UPUonlineBPKPJPT/ atau tontoni Facebook Live yang diadakan setiap hari sehingga 14 April 2020 pada jam 10 pagi hingga 11 pagi dan 3 petang hingga 4 petang.
"Pihak kami bersedia menjawab sebarang pertanyaan semasa sesi tersebut dijalankan,” katanya.
Artikel Berkaitan