OPA agih bantuan petugas barisan hadapan Kelantan

Iklan
Dr Johari (kiri) menyerahkan kotak pelindungan tersebut kepada Dr Nazirul Munir Abu Hassan (dua dari kanan) wakil dari Klinik Kesihatan Mahligai di sini semalam.

KOTA BHARU - Persatuan Bekas Putera atau Old Putera Association (OPA) menyumbangkan 29 unit kotak perlindungan diri dan kotak intubasi kepada empat lokasi utama pusat perubatan di sini semalam.

Wakil OPA di Kelantan, Dr Johari Yap berkata, kotak-kotak tersebut telah diserahkan kepada pihak Pejabat Kesihatan Daerah Besut, Klinik Kesihatan Mahligai di Bachok, Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) dan Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini.

Iklan
Iklan

"Kami sebagai alumni bekas pelajar Maktab Tentera Diraja (MTD) merasa terpanggil untuk sama-sama menyumbang kepada barisan hadapan yang banyak membantu masyarakat ketika ini.

"Sumbangan kotak-kotak tersebut diharapkan dapat membantu petugas dalam berdepan pesakit Covid-19 ketika ini,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini semalam.

Iklan

Menurutnya, jumlah tersebut adalah sebahagian daripada 102 unit kotak perlindungan yang diperlukan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan bagi memenuhi keperluan saringan dan pusat rawatan rapi (ICU).

Beliau berkata, modal yang diperlukan adalah sebanyak RM25,550 untuk menyiapkan 102 unit kotak perlindungan dengan reka bentuk khas yang telah dimodifikasi sesuai dengan kegunaan tempatan.

Iklan

"Kos untuk menyiapkan setiap unit kotak perlindungan adalah kira-kira RM250. Sumbangan orang ramai amat dialu-alukan memandangkan kotak perlindungan ini merupakan satu keperluan ketika wabak Covid-19 yang melanda.

"Kotak ini dihasilkan sendiri oleh penyelidik dan pakar perubatan dalam kalangan OPA. Selain Kelantan, pihak OPA juga telah menghantar 160 unit kotak perlindungan ke negeri Sarawak dengan bantuan logistik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Tentera Darat Malaysia (TDM) kelmarin manakala Sabah pula memerlukan kira-kira 100 unit," katanya.

Katanya, sebanyak 180 unit juga telah dihantar ke hospital dan pusat perubatan di kebanyakan negeri di semenanjung dan ia merupakan hasil sumbangan ahli-ahli OPA dan orang ramai.

"Mana-mana pihak yang ingin menyumbang boleh salurkan ke akaun CIMB (8000821749) atas nama Old Putera Association dengan rujukan: PPE Box Donation,” katanya.