SHAH ALAM - Aktres Nabila Huda mengajak peminatnya membaca al-Quran bersama-sama bagi mengisi masa terluang ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Anak kepada penyanyi rock, Amy Search itu mengajak semua peminatnya untuk membaca sehari satu muka surat al-Quran di rumah.
Nabila atau lebih mesra dipanggil Abil percaya mampu memperbaiki bacaannya sekiranya terus melakukan cabaran itu.
"Saya dapat hadiah al-Quran ini daripada papa dan mama. Tergeliat lidah sebab dah lama tak baca al-Quran.
"Satu hari kita baca satu muka surat mana tahu lama-lama khatam.
"Daripada kita duduk lepak tak buat apa baik kita baca sama-sama mana tahu kita duduk rumah ni sampai raya,” katanya menerusi Instagram live baru-baru ini.
Ibu kepada seorang cahaya mata itu mendedahkan dia sudah khatam al-Quran sebanyak tiga kali.
"Saya belajar mengaji daripada nenek iaitu ibu kepada penyanyi Amy Search semasa kecil, dulu dia guru mengaji.
"Jadi saya mengaji setiap hari dengan nenek dan sudah berjaya khatam sebanyak tiga kali,” katanya.
Dalam pada itu, rata-rata peminatnya menyokong usaha Nabila untuk meneruskan cabaran itu setiap hari selain mengisi aktiviti kerohanian sepanjang PKP.
"Semoga terus istiqamah. Hari-hari baca al-Quran setiap kali lepas solat. Lama-lama akan lancar sendiri,” kata netizen.