Bot pelancong terkandas di perairan Sabak Bernam

Iklan
Pemilik akaun nama Facebook 'Pa Uban' yang memuat naik status di sebuah laman Facebook memaklumkan kejadian bot terkandas di Perairan Sabak Bernam berhampiran Sungai Apong di sini semalam.

SABAK BERNAM - Sebuah bot pelancong dinaiki sekurang-kurangnya tiga individu dipercayai warga Thailand terkandas di perairan Sabak Bernam berhampiran Sungai Apong di sini semalam.

Pemilik akaun nama Facebook 'Pa Uban' yang memuat naik status di sebuah laman Facebook memaklumkan kejadian bot terkandas berlaku berhampiran kawasan ban pecah (benteng penahan ombak).

Iklan
Iklan

Menerusi ruangan komen yang dikemas kini memaklumkan, kejadian berlaku disebabkan masalah enjin dan fungsi Sistem Pengesan Kedudukan Global (GPS).

"Malam tadi bot ini di parkir (hanyut) di tepi ban pecah dan apabila (air) laut surut (bot) tersadai di kawasan berbatu," katanya.

Iklan

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Agus Salim Mohd Alias mengesahkan menerima maklumat berhubung kejadian itu.

"Pihak polis sudah ke lokasi kejadian dan sedang menjalankan siasatan lanjut," katanya.

Iklan