KUALA LUMPUR - CIMB Bank memberi jaminan kepada para pelanggannya bahawa transaksi debit langsung dalam akaun mereka adalah transaksi kad debit yang sah.
Penjelasan itu diberikan susulan beberapa pelanggan bank itu yang berkongsi kebimbangan mereka di laman Twitter mengenai beberapa transaksi yang dinyatakan sebagai ‘direct debits’ atau debit langsung di aplikasi telefon bimbit CIMB Clicks atau laman sesawang bank itu.