Penjara Taiping salur bantuan ketika PKP

Iklan
Mohd Farid (dua dari kanan) menyerahkan sumbangan daripada penjara Taiping kepada seorang penerima di sekitar Taiping.

TAIPING - Biarpun tidak menjadi barisan hadapan secara langsung, Jabatan Penjara tidak ketinggalan membantu golongan yang terkesan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pihak Pengurusan Penjara Taiping dalam satu kenyataan berkata, pihaknya mengadakan program sumbangan khidmat sosial kepada asnaf dan warga emas di sekitar Taiping.

Iklan
Iklan

Menurutnya, program sumbangan itu bertujuan membantu golongan yang memerlukan ketika negara berdepan dengan penularan wabak koronavirus (Covid-19).

"Sehubungan itu, sebagai sebuah jabatan kerajaan yang bertanggungjawab, kami terpanggil membantu mereka yang memerlukan bantuan di dalam situasi negara melawan wabak Covid-19.

Iklan

"Sumbangan berupa keperluan asas diberikan kepada mereka yang memerlukan mengikut keperluan dan keadaan mereka pada masa ini," jelas kenyataan itu.

Sementara itu, penyerahan sumbangan itu disempurnakan Pengarah Penjara Taiping, Mohd Farid Kassim bersama anggota dan pegawai kanan jabatan itu.

Iklan

Penjara Taiping mengharapkan sumbangan yang diberikan dapat mengurangkan bebanan mereka yang terkesan dalam tempoh pelaksanaan PKP.