SHAH ALAM – Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) sekali lagi memohon kerajaan dan Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) menangguhkan sementara pembayaran balik pinjaman perumahan penjawat awam.
Presiden Cuepacs, Adnan Mat berkata, kongres itu berpendapat penangguhan wajar selari dengan penangguhan bayaran balik pinjaman atau moratorium selama enam bulan yang dilakukan oleh institusi perbankan.