KOTA BHARU - Sebutir bom tangan lama ditemui dalam semak belakang sebuah rumah di Kampung Langgok Dewan Beta, Nilam Puri, di sini, petang semalam.
Bom tangan jenis Hand Granade yang sudah berkarat tersebut dijumpai seorang penduduk berusia 40 tahun ketika menebas semak di kawasan belakang rumahnya itu pada jam 6.30 petang.
Iklan
Iklan
Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata, sebaik menjumpai objek itu, pengadu kemudian memaklumkan kepada seorang rakan juga anggota polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan (IPK) dan kemudian membuat laporan.
"Pasukan Penyiasat bersama Ketua Polis Balai Nilam Puri bergegas ke kawasan berhampiran paya dan terdapat busut di lokasi objek itu ditemui dalam jarak 10 hingga 15 meter dari rumah pengadu.
"Unit Pemusnah Bom (UPB) IPK Kelantan dihubungi dan kerja pemusnahan bom terbabit selamat dilakukan pada jam 9.15 pagi tadi di satu kawasan lapang dalam jarak 40 meter dari lokasi penemuan,” katanya.