Tubuh lebih banyak sayap Pemuda Amanah

Iklan
Mohd Sany berucap pada konvensyen berkenaan.
KUALA KANGSAR - Pemuda Amanah diharap dapat menubuhkan sayap pemuda di setiap kawasan Parlimen seluruh negara.

Ketua Pemuda Amanah, Mohd Sani Hamzan berkata, setakat ini hanya 64 kawasan sayap Pemuda ini ditubuhkan di seluruh negara.

Justeru menurutnya, kewujudan sayap ini dilihat boleh membantu mewujudkan pelapis pada masa hadapan.

"Perkara ini adalah tanggungjawab kita untuk tubuhkan sayap ini di peringkat akar umbi.

"Oleh itu kita harap ia mendapat kerjasama daripada semua kerana kita sasarkan 222 sayap Pemuda Amanah akan wujud di kawasan-kawasan Parlimen seluruh negara," katanya.

Mohd Sany berkata demikian ketika berucap Konvensyen Pemuda Amanah Nasional di Dewan Jubli Perak, malam tadi.

Sementara itu, Mohd Sany turut berharap agar Pemuda Amanah untuk membantu PRK Dun Negeri Sembilan, kelak.

"Kita harap Pemuda Amanah akan turun menggempur pada PRK berkenaan," katanya.