Kejamnya, belasah anjing dengan kapak!

Iklan
Kenyataan Persatuan Pencinta Malaysia. Netizen yang komen di ruangan komen Facebook Persatuan Haiwan Malaysia.

SHAH ALAM- Sejak semalam, satu video yang dianggap tidak berperikemanusiaan telah tular di media sosial.

Video tersebut dikongsikan di laman Facebook Persatuan Haiwan Malaysia, memaparkan seorang lelaki dilihat bertindak ganas memukul seekor anjing berulang-kali dengan menggunakan kapak.

Iklan
Iklan

Perbuatan lelaki dalam video berdurasi 23 saat tersebut mencetuskan kemarahan orang ramai terutama pencinta haiwan kerana perbuatan itu yang dilihat sangat kejam serta menyeksa haiwan.

Tidak sampai 24 jam, video tersebut mendapat lebih daripada 1,200 komen dan 1,000 perkongsian.

Iklan

"Tolong laporkan, jangan risau semua yang melaporkan akan dilindungi," komen pengguna Facebook Liza Hasan.

"Ya ALLAH, sedihnya dengar suara anjing tu meraung," luah seorang pengguna Facebook, Alisa Tahsya pada ruangan komen.

Iklan

Menerusi Facebook, Persatuan Haiwan Malaysia meminta orang ramai tampil mengesahkan lokasi kejadian menyayat hati itu dan memberikan maklumat yang diperlukan supaya tindakan undang-undang yang sewajarnya boleh dibuat ke atas lelaki berkenaan.

"Setiap kita adalah pemimpin dan khalifah. Mari makmurkan dunia dengan berbaik kepada makhluk bernama haiwan," tulisnya.

Turut ditinggalkan di ruangan tersebut nombor WhatsApp bagi memudahkan orang ramai memberikan maklumat supaya tindakan dapat dibuat dengan secepatnya.