Gabon haramkan makan tenggiling, kelawar

Iklan
Tenggiling mendapat permintaan tinggi dalam perubatan tradisional di Gabon. - foto: AFP

LIBREVILLE - Pihak berkuasa Gabon semalam mengeluarkan arahan untuk mengharamkan penjualan tenggiling dan kelawar yang disyaki sebagai punca pandemik koronavirus (Covid-19).

Hidangan berasaskan haiwan eksotik itu amat popular di Gabon selain mendapat permintaan tinggi dalam perubatan tradisional.

Iklan
Iklan

Dalam perkembangan berkaitan, Presiden Ali Bongo Ondimba turut mengumumkan kerajaan bercadang melaksanakan perintah berkurung di ibu kota Libreville dan menyampaikan pakej kecemasan bagi mereka terjejas akibat pandemik itu.

Gabon setakat ini melaporkan 21 kes jangkitan Covid-19 dengan membabitkan satu kematian.

Iklan
Iklan

Negara itu turut mengambil langkah menggantung penerbangan antarabangsa, menutup sekolah dan mengarahkan perintah berkurung pada waktu malam bagi membendung penularan wabak itu. – AFP