ADUN Pulau Pinang sumbang 30 peratus gaji

Iklan
Gambar dari kiri: Muhamad Yusoff, Teh Lai Heng

GEORGETOWN - Semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Pulau Pinang termasuk pembangkang menyumbangkan 30 peratus daripada gaji mereka kepada Tabung Covid-19 negeri.

Dalam kenyataan bersama Ketua Beckbencher, Teh Lai Heng dan Ketua Pembangkang Pulau Pinang, Datuk Muhamad Yusoff Mohd Noor berkata, sumbangan itu selaras dengan usaha kerajaan Pulau Pinang menangani wabak Covid-19 serta pasca Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Iklan
Iklan

"Semua ADUN Pulau Pinang termasuk barisan ADUN pembangkang bersetuju menyalurkan 30 peratus daripada gaji masing-masing ke Tabung Covid-19 Pulau Pinang.

"Usaha ini merupakan inisiatif mereka (ADUN) selepas pengumuman Ketua Menteri, Chow Kon Yeow serta Ahli Majlis Mesyuarat kerajaan negeri yang mahu menyalurkan sebulan gaji kepada tabung berkenaan pada 27 Mac lalu," kata mereka.

Iklan

Melalui kenyataan itu juga semua ADUN mengucapkan terima kasih kepada Kon Yeow berhubung peruntukan RM30,000 yang disalurkan kepada setiap ADUN di bawah Pakej Bantuan Rakyat Pulau Pinang.

"Kami menghargai sumbangan topeng muka dan kelengkapan lain untuk kegunaan komuniti setempat di Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing," katanya.

Iklan