KPWKM nafi kes rumah tangga meningkat sepanjang PKP

Iklan
KPWKM mengenai menafikan laporan berita mengenai peningkatan kes keganasan rumah tangga direkodkan melalui Talian Kasih.

PUTRAJAYA – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menafikan laporan berita mengenai peningkatan kes keganasan rumah tangga direkodkan melalui Talian Kasih sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

KPWKM dalam satu kenyataan berkata, artikel mengenai berlaku peningkatan 57 peratus kes terbabit ketika tempoh PKP adalah tidak benar.

Iklan
Iklan

"KPWKM ingin menegaskan bahawa peningkatan jumlah peratusan panggilan tersebut merangkumi semua kategori termasuk panggilan berhubung wabak Covid-19, rujukan kes-kes bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), kes kaunseling dan lain-lain,” katanya hari ini.

Menurut kenyataan itu, kementerian memandang serius terhadap semua panggilan yang diterima, termasuk isu-isu keganasan rumah tangga dan penderaan terutama ketika tempoh PKP ini.

Iklan

Katanya, tindakan segera terus diambil JKM mengikut Akta Kanak-Kanak 2001 pindaan 2017 dan Akta Keganasan Rumah Tangga 1994.

"Kementerian juga ingin memohon kerjasama semua pihak supaya data panggilan kes keganasan rumah tangga dan penderasan kanak-kanak dalam data panggilan Talian Kasih sepanjang PKP yang disiarkan di portal KPWKM, tidak disalahtafsir melalui penulisan artikel atau hebahan mana-mana pihak.

Iklan

"Mereka perlu merujuk sumber sahih serta penjelasan kementerian sebelum membuat sebarang kenyataan di mana-mana saluran komunikasi,” katanya.