PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan terdapat beberapa pesakit wabak koronavirus (Covid-19) yang telah sembuh menyumbangkan plasma darah mereka bagi tujuan penyelidikan dan sains.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, individu yang disahkan sembuh itu juga perlu menjalani ujian semula.