100,000 keping penutup muka dari Yayasan Tencent, Yayasan Fosun

Iklan
Penutup mulut dan hidung tiba di Malaysia untuk kegunaan anggota kesihatan barisan hadapan.

KUALA LUMPUR – Yayasan Tencent (Tencent Foundation) dengan kerjasama Yayasan Fosun (Fosun Foundation) turut membantu memerangi pandemik Covid-19.

Melalui sokongan Kedutaan Republik Rakyat China, sebanyak 100,000 keping topeng muka pembedahan dan N95 Respirator (penutup mulut dan hidung N95) tiba di Malaysia baru-baru ini.

Iklan
Iklan

Pengerusi Yayasan Tencent, Leon Guo berharap dapat memainkan peranan membantu dan menyelamatkan rakyat Malaysia yang terkesan dari pandemik virus itu.

"Melalui penghantaran bekalan ini, kami juga ingin memastikandapat membantu dalam apa jua cara sekalipun agar petugas barisan hadapan sentiasa berada dalam keadaan yang selamat semasa melakukan kerja-kerja mereka,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Iklan

Selain itu, sebahagian dari tindak balas pandemik global ini, Tencent mengeluarkan Dana Anti Pandemik Global yang bernilai AS$100 juta untuk menyokong usaha antarabangsa dalam melawan virus Covid-19.

Dana itu akan memberi tumpuan kepada sumber dan sumbangan bekalan perubatan, seperti peralatan perlindungan peribadi (PPE) dan produk penting lain, bagi kegunaan hospital dan barisan hadapan anggota kesihatan.

Iklan