KKM jangka vaksin Covid-19 akan berada di pasaran setahun lagi

Iklan
Dr Noor Hisham (kanan) semasa sidang media harian berkaitan Covid-19 di Kementerian Kesihatan hari ini. - Foto Bernama

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjangkakan vaksin untuk merawat pesakit koronavirus (Covid-29) dijangka akan berada di pasaran setahun lagi.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ketika ini penyelidikan bagi vaksin itu masih lagi dijalankan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) ketika ini juga sedang menilai kandungan vaksin itu serta perkara melibatkan kajian dan ia masih dalam peringkat awal.

"Oleh itu, ia mungkin mengambil masa kira-kira setahun atau setahun setengah sebelum kita boleh dapatkan vaksin ini di pasaran," katanya pada sidang akhbar harian di KKM di sini hari ini.

Iklan

Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, Noor Hisham turut mengesahkan terdapat beberapa pesakit yang telah sembuh menyumbangkan plasma darah mereka kepada KKM bagi tujuan penyelidikan dan sains.

Katanya, individu yang telah disahkan sembuh itu juga perlu menjalani ujian semula.

Iklan

"Ada dua, tiga orang pesakit yang telah sembuh telah tampil menyumbang plasma darah mereka untuk tujuan penyelidikan dan sains.

"Kita berterima kasih kepada mereka yang rela membantu kita (KKM) untuk melakukan penyelidikan ini," katanya.