KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia sedang mengesan dua individu bagi membantu siasatan berhubung rakaman suara yang tular di aplikasi WhatsApp mengenai berita palsu berkaitan ‘total lockdown’ dan ‘perintah berkurung’ selama 10 hari.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, pihaknya mendapati rakaman suara seorang lelaki dan wanita itu telah tular sejak bulan lalu.