Polis Tunisia guna robot tahan individu ingkar perintah kuarantin

Iklan
Robot kelihatan berada di jalan raya di Tunisia bagi mengekang wabak Covid-19. - Foto AFP

TUNISIA - [DIKEMASKINI] Polis menggunakan teknologi robot yang boleh bercakap, menahan dan menegur orang awam yang dilihat berkeliaran ketika perintah kuarantin wabak koronavirus (Covid-19) dilaksanakan di Tunisia.

Robot ini menggunakan alat kawalan jauh dan menghampiri mana-mana individu yang berada di jalan raya, lapor Daily Mail.

Iklan
Iklan

Ketika ini, kerajaan hanya membenarkan penduduk keluar beli barang keperluan dan ubat-ubatan.

Difahamkan mana-mana individu yang ditahan perlu memberi kad pengenalan atau dokumen peribadi kepada robot.

Iklan

Pengeluar robot, Enova Robotics berkata, PGuard menggunakan empat roda sebagai tayar memudahkan pergerakan dan mempunyai pengesan haba dan jarak.

Penggunaan robot ini dapat mengurangkan penularan jangkitan wabak Covid-19 di negara tersebut.

Iklan