Teruskan kita perangi Covid-19, kata Presiden UMNO

Iklan
Dr Ahmad Zahid Hamidi.

KUALA LUMPUR – Usaha bagi mengekang penyebaran wabak koronavirus (Covid-19) terus tegar dijalankan dengan Perintah Kawalan Pergerakan sudah masuk hari yang ke-19 pada hari ini.

Sehubungan itu, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan orang ramai supaya terus memerangi penularan wabak berkenaan dalam keadaan sabar, tenang dan tidak panik.

Iklan
Iklan

"Teruskan kita perangi wabak Covid-19. Kepanikan adalah separuh penyakit, ketenangan adalah separuh ubat dan kesabaran adalah permulaan kesembuhan. Sama-sama kita berdoa,” katanya ringkas menerusi entri Facebooknya malam tadi.

Terdahulu, pada 31 Januari, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengisytiharkan wabak tersebut sebagai darurat kesihatan dunia

Iklan

Perintah Kawalan Pergerakan di Malaysia bermula pada 18 Mac lalu diikuti fasa kedua sehingga 14 April ini.

Semalam, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, pertambahan empat kes kematian menjadi keseluruhan 57 kes di negara ini.

Iklan

Menurutnya, kesemua kematian terbaru itu melibatkan pesakit warganegara Malaysia yang berusia 50 tahun ke atas serta mempunyai latar belakang penyakit kronik.