Sanggup terjun laut elak dicekup

Iklan
Anggota Maritim memeriksa bot yang ditinggalkan nelayan selepas melarikan diri.

KUALA KEDAH - Tiga nelayan tempatan sanggup menggadai nyawa terjun ke dalam laut akibat panik melihat bot peronda Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim), di perairan Yan, awal pagi tadi.

Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah, Komander Maritim Mahmad Faizal Ahmad berkata, sebaik menyedari kehadiran bot peronda Maritim, nelayan terbabit cuba melarikan diri dengan membawa bot ke kawasan cetek.

Iklan
Iklan

Menurutnya, mereka kemudian terjun dan berenang sehingga ke tepi pantai sebelum melarikan diri.

"Ketika kejadian sekitar 1.40 pagi itu, bot dinaiki tiga nelayan itu dikesan memukat ikan secara haram menggunakan pukat rawa sorong, pada jarak 0.3 batu nautika barat Kuala Dulang Kecil.

Iklan

"Sebaik menyedari kehadiran bot rondaan, mereka terjun ke laut dan melarikan diri,” katanya.

Mahmad Faizal berkata, pihaknya turut merampas peralatan menangkap ikan, enjin berserta bot dianggarkan bernilai RM35,000.

Iklan

"Kesemua barang rampasan dibawa ke Jeti Pangkalan Maritim Kuala Kedah untuk tindakan lanjut,” katanya.

Menurutnya, aktiviti pukat rawa sorong akan terus dibanteras kerana ia menjejaskan ekosistem hidupan laut.

"Kami juga mohon kerjasama orang ramai dan komuniti Maritim terutamanya nelayan agar segera melapor sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang di perairan negara,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 8(a) Akta Perikanan 1985.