Waktu baharu pasar borong di Perak

Iklan
Kenyataan berhubung perubahan waktu operasi pasar borong di Perak sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan fasa dua.
IPOH - Kerajaan Perak telah menyelaraskan waktu baharu bagi operasi pasar borong di negeri itu bermula hari ini.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim berkata, operasi pasar basah ditetapkan bermula jam 4 pagi hingga 10 pagi.

"Pasar akan ditutup selama sejam bermula 10 pagi untuk tujuan pembersihan dan dibuka semula pada jam 11 pagi hingga 4 petang bagi operasi sayuran dan buah-buahan.

Iklan
Iklan

"Kerajaan negeri telah meneliti semula waktu operasi pasar borong dan menetapkan waktu operasi sepanjang tempoh fasa kedua Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuat kuasa Isnin (esok),” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, kerajaan negeri mengambil maklum kekangan yang dihadapi oleh komuniti perniagaan dan pemain industri sepanjang pelaksanaan PKP yang bertujuan menghentikan rantaian penularan wabak koronavirus (Covid-19).

Iklan
Iklan

Sebelum ini, kerajaan Perak membuat ketetapan waktu operasi bagi pasar borong bermula dari jam 4 pagi hingga 10 pagi sahaja.