Pasar Segar Terkawal beri manfaat kepada rakyat
Iklan
Pasar Segar Terkawal membolehkan rakyat membeli dan peniaga menjual barangan keperluan harian dalam masa sama mematuhi PKP yang dikuatkuasakan kerajaan.
SUNGAI PETANI - Pasar Segar Terkawal yang diwujudkan di Kedah diyakini mampu memberi manfaat kepada rakyat negeri itu sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Datuk Ammar Shaikh Mahmood Naim berkata, sekurang-kurangnya rakyat boleh membeli dan peniaga boleh menjual barangan keperluan harian dalam masa sama mematuhi PKP yang dikuatkuasakan kerajaan.
Iklan
Iklan
Menurutnya, ia adalah platform terbaik dalam usaha menyediakan keperluan ke arah mensejahterakan rakyat sekalipun pergerakan terhad.
Pemeriksaan suhu badan dilakukan sebelum pelanggan dibenarkan masuk.
"Saya hadir untuk memantau keadaan dan saya lihat berjalan baik dan sempurna cuma selepas ini beberapa penambahbaikan akan dibuat dari segi beberapa aspek," katanya ketika hadir ke Pasar Segar Terkawal di Pusat Operasi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Sungai Petani di sini hari ini.
Iklan
Katanya, antara penambahbaikan yang akan dilakukan termasuk penjarakan sosial yang akan diberi lebih perhatian.
"Kita sendiri kena jaga diri kita supaya selamat dan pecahkan rantaian jangkitan koronavirus (Covid-19), disebabkan itu saya nasihat ikut arahan.
Iklan
"Selain itu, membelilah ikut keperluan. Tak perlu beli terlalu banyak nanti nak simpan pun susah dan tak perlu pembelian panik kerana kerajaan telah menyediakan yang terbaik untuk rakyat," katanya.
Sementara itu, Pengarah FAMA Kedah, Isa Hamzah berkata, selain Pasar Segar Terkawal di Sungai Petani yang beroperasi pada Rabu, Khamis, Sabtu dan Ahad, pasar berkenaan turut beroperasi di Baling pada hari Selasa dan Rabu serta Alor Setar pada setiap hari dalam usaha menyediakan barangan keperluan kepada rakyat sepanjang PKP.
Orang ramai perlu mematuhi penjarakan sosial semasa berkunjung ke Pasar Segar Terkawal.
Menurutnya, antara barangan yang dibenarkan jualan termasuk sayur-sayuran, ikan, ayam, daging, buah-buahan dan barangan berkaitan pertanian dengan harga lima hingga 20 peratus lebih rendah dari pasaran.
"Kita mewujudkan Jawatankuasa Operasi Pasar Segar Terkawal membabitkan Polis Diraja Malaysia, anggota Rela, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Jabatan Pertanian, Majlis Perbandaran Sungai Petani dan Jabatan Penerangan bagi memastikan prosedur operasi standard dipatuhi," katanya.
Buah-buahan antara yang dijual di Pasar Segar Terkawal.
Beliau berkata, setiap pelanggan harus melalui pemeriksaan suhu badan, menggunakan cecair pembasmi kuman dan mematuhi penjarakan sosial dengan hanya 30 orang dibenarkan masuk dalam satu-satu masa.
Pengalaman berdepan situasi cemas di tengah laut termasuk menyelamatkan beberapa mangsa tragedi bot karam baru-baru ini membuatkan Pencipta kandungan atau YouTuber dikenali sebagai Mohd Khushairi Mohd Zuki lebih menitik beratkan soal keselamatan setiap kali turun memancing, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Iskandar Othman.
Berkongsi pengalaman bersama rakan menyelamatkan empat nelayan warga Indonesia yang terapung selama empat hari di tengah laut berhampiran Pulau Jarak pada Rabu lalu, Mohd Khushairi berkata, mereka bernasib baik kerana dapat berpaut pada tong ikan dan botol yang diikat pada badan masing-masing.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/698041/edisi/utara/youtuber-kongsi-pengalaman-selamatkan-empat-mangsa-bot-karam