KUALA LUMPUR - Lembaga Tabung Haji (TH) melantik Rozita Khamsiah Othman sebagai setiausaha lembaga dan Ahmad Shahriman Johari sebagai pengurus besar hal ehwal awam dan komunikasi korporat kumpulan, masing-masing berkuatkuasa pada 9 Mac dan 1 April, 2020.
TH dalam satu kenyataan hari ini berkata, pelantikan baharu pengurusan kanan itu selaras dengan usahanya untuk memantapkan kepimpinan organisasi.