Rakyat Malaysia tidak boleh putus asa, perlu terus kuatkan semangat

Iklan
Laporan Sinar Harian hari ini berkaitan pelancaran kempen #JanganPutusAsaMalaysia

SHAH ALAM - Rakyat Malaysia tidak boleh berputus asa ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan supaya dapat bersama-sama memutuskan rantaian penularan pandemik Covid-19.

Pakar psikologi pekerjaan daripada Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya (UM), Profesor Madya Dr Mohd Awang Idris berkata, rakyat perlu melihat daripada perspektif lebih luas kerana seluruh dunia sedang berhadapan dengan wabak berkenaan ketika ini.

Iklan
Iklan

"Kita tak boleh cepat putus asa sebab kalau kita anggap keadaan kita teruk, sebenarnya ada lagi orang yang mengalami keadaan lebih buruk.

Menurutnya, apa yang sedang dirasai rakyat Malaysia sebenarnya dialami di seluruh dunia termasuk dari segi ekonomi dan perniagaan.

Iklan
Mohd Awang Idris

ARTIKEL BERKAITAN: Mesej buat rakyat #JanganPutusAsaMalaysia

"Namun kita bernasib baik kerana trend penularan wabak Covid-19 di negara ini masih lagi terkawal tidak seperti di negara-negara lain terutama Amerika Syarikat.

Iklan

"Jadi waktu ini kita kena lihat diri sendiri dan jangan mudah berputus asa. Sekarang semua rakyat Malaysia adalah sama.

"Hakikatnya kita kena kuat menghadapi keadaan sekarang kerana kita sedang berperang dengan musuh yang tidak nampak,” katanya.

Beliau juga menyokong inisiatif Penerbit Sinar Harian, Datuk Dr Hussamuddin Yaacub yang memulakan kempen #JanganPutusAsaMalaysia kerana kempen itu dapat membantu menaikkan semangat rakyat untuk terus kuat semangat mendepani situasi sekarang.

Sementara itu, Setiausaha Persatuan Psikiatri Malaysia (MPA), Dr Firdaus Abdul Gani berkata, dalam keadaan sekarang rakyat perlu terus menguatkan semangat dan memberikan kerjasama agar usaha kerajaan memutuskan rantaian penularan wabak Covid-19 berjaya dilakukan.

Menurutnya, usaha mengadakan kempen #JanganPutusAsaMalaysia yang dilakukan Sinar Harian merupakan pendekatan yang sangat baik kerana ia satu bentuk sokongan sebagai motivasi kepada rakyat.

"Sokongan sebegini bagi saya sangat perlu kerana rakyat duduk di rumah dan tidak bercampur. Jadi perlu ada dorongan dan sokongan.

Firdaus Abdul Gani

Dalam pada itu, Pensyarah Kanan Unit Pakar Kesejahteraan dan Kaunseling (PKPK), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Abdul Rahman Ahmad Badayai memberitahu, dalam keadaan sekarang rakyat perlu bijak menguruskan emosi.

"Sebab kalau gagal kawal emosi ia akan memberi impak kepada ahli keluarga yang lain seperti isteri, suami dan anak-anak. Ia seterusnya mempengaruhi tindakan mereka dan jika tidak dikawal kelak akan berlaku isu-isu lain terutama keganasan rumah tangga.

"Yang paling penting sekarang ibu bapa perlu pandai menghidupkan aktiviti menyeronokkan dalam rumah,” katanya.

Abdul Rahman Ahmad Badayai