'Love' tanda solidariti lawan Covid-19

Iklan
'Love' buat rakyat untuk sama-sama mengekang wabak Covid-19. -Foto: The Alana hotel

JAWA TENGAH- Penularan perkataan 'love' di sebuah hotel di Solo Raya melambangkan solidariti buat rakyat dan barisan hadapan melawan wabak koronavirus (Covid-19).

Salah satunya adalah The Alana hotel yang membuat simbol 'love' menggunakan cahaya lampu dari bilik hotel, lapor Tribun News.

Iklan
Iklan

Pengurus besar, The Alana hotel di Solo, Sistho A Srestho, berkata, pihaknya melakukan perkara sedemikian kerana mahu menyuburkan rasa cinta kepada seluruh masyarakat termasuk pekerja di hotel.

"Kami melakukan ini kerana mahu menyampaikan rasa cinta kami kepada masyarakat dan bersama-sama membanteras wabak Covid-19." katanya.

Iklan

Katanya, secara tidak langsung, solidariti itu membawa mesej kepada masyarakat agar saling memberi sokongan dan menyayangi antara satu sama lain terutama kepada mereka yang berada di rumah.

"Kita juga berikan mesej kepada masyarakat agar bersatu hati, saling memberi sokongan ketika wabak Covid-19 yang melanda negara ini.

Iklan

"Walau kita berada di sini, kasih dan sayang itu perlu disampaikan untuk masyarakat luar," katanya.

Tambahnya, simbol 'love' itu dilaksanakan pada hujung minggu selama dua jam bermula 7 malam hingga 9 malam.