Lokap masih cukup nak tahan individu ingar PKP: Ketua Polis Kelantan

Iklan
Hasanuddin Hassan

KOTA BHARU – Polis Kelantan tidak akan berlemah lembut lagi terhadap orang ramai yang ingkar terhadap Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan akan menahan mereka di dalam lokap.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Hasanuddin Hassan berkata, ruang lokap masih mencukupi dan berharap rakyat negeri ini memberikan kerjasama yang baik supaya tiada berlakunya tangkapan selepas ini.

Iklan
Iklan

"Lokap yang ada masih cukup. Ada juga (tahanan) yang diberikan jaminan terus, kita tengok juga keadaan seseorang itu. Buat masa ini, tiada kesesakan berlaku di lokap.

"Cuma kita kecewa apabila kita tanya apa alasan mereka keluar, mereka tiada jawapan. Hanya senyum sahaja, kita tanya tahu atau tidak yang semua orang tidak boleh keluar, itu pun tidak jawab, hanya senyum.

Iklan

"Kalau beritahu alasan yang logik, kita pun boleh bertolak ansur. Jauh sudah perjalanan PKP ini. Sebab itu tiada lagi lembut-lembut. Bila sampai satu tahap tidak boleh bekerjasama, itu yang terpaksa kita buat (tahan dalam lokap),”katanya.

Terdahulu, beliau menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Kerja, Keselamatan Negeri (JKKN) Khas Kelantan, di Kota Darulnaim, di sini, hari ini.

Iklan

Menurutnya, untuk PKP Fasa 2, seramai 111 orang ditahan dan secara keseluruhannya 375 orang untuk fasa 1 dan 2, bermula 18 Mac lalu.

Ketika ditanya mengenai kemungkinan ada anggota dijangkiti Covid-19 semasa bertugas, beliau berkata, hanya tujuh orang anggotanya yang dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan dan dikuarantin disebabkan masalah kesihatan.

"Antara tujuh tersebut, empat sudah melepasi ujian saringan dan tiga lagi masih dikuarantin di rumah. Keadaan mereka semakin baik, Alhamdulillah," katanya.