PKP: Rezeki tambahan buat PERKEP IPD Hulu Terengganu

Iklan
Zarina (depan, tengah) dan ahli PERKEP IPD Hulu Terengganu bersama pelindung muka yang dihasilkan.

HULU TERENGGANU - Langkah yang diambil polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Terengganu menghasilkan 'face protector' atau pelindung muka sendiri bagi semua petugas keselamatan di daerah itu mula mendapat perhatian ramai.

Terbaru, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu menempah 1,000 unit pelindung muka untuk petugas barisan hadapan.

Iklan
Iklan

Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) IPD Hulu Terengganu, Zarina Omar berkata, pihaknya terharu dengan sokongan yang diberikan dan menganggapnya sebagai rezeki tambahan untuk persatuan itu.

"Kami belajar cara membuatnya daripada Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud dan pegawainya kerana nak pastikan pelindung muka ini menepati standard keperluan barisan hadapan.

Iklan

"Tidak sangka pula apabila ia mula ditularkan, kami mendapat pertanyaan daripada banyak pihak, lagi terkejut bila dapat tempahan daripada IPK Terengganu.

"Kami seronok menghasilkannya kerana kami sedar ia untuk wira-wira kami yang bertugas di barisan hadapan dalam bertarung membendung penularan wabak koronavirus (Covid-19) ini," katanya ketika ditemui di kediaman Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, di sini.

Iklan

Menurut Zarina, pelindung muka yang dihasilkan ini ditambah baik dengan material yang lebih berkualiti seperti plastik bersaiz A4, getah, span dan stiker.

Jelasnya, 6 ahli PERKEP IPD Hulu Terengganu dipertanggungjawabkan untuk menghasilkan pelindung muka yang ditempah itu.

"Mudah sahaja nak hasilkannya, hanya ambil masa lima minit untuk siapkan setiap satu. Cuma agak sukar nak dapat bahan terutama plastik bersaiz A4 memandangkan kedai alat tulis ditutup. Sepanjang PKP ini, kami tiada aktiviti dan penghasilan pelindung muka ini sedikit sebanyak dapat menjana pendapatan untuk Tabung PERKEP kami.

"Selain itu, kami juga dapat mengisi masa terluang sepanjang PKP dan hasil yang diterima itu akan dimasukkan ke Tabung PERKEP, yang mana setiap satu dijual dengan harga RM2," katanya.

Menurutnya lagi, dia turut berkongsi cara membuatnya dengan PERKEP di daerah lain supaya mereka juga boleh menghasilkannya untuk kegunaan pegawai dan anggota yang bertugas di kawasan masing-masing.