'Kita bantu orang, orang pula bantu kita'

Iklan

KEPALA BATAS - Sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac lalu, keadaan segelintir kelompok masyarakat terjejas apabila ada antara mereka kehilangan punca pendapatan.

Terbaharu, seorang pengguna Facebook bernama Hakimy Albertamy berkongsi kisah kesukaran seorang lelaki warga emas yang menjual cili di hadapan Maybank Cawangan Bertam, Kepala Batas dalam tempoh ini.

Iklan
Iklan

Cili tersebut dikatakan ditanam sendiri oleh lelaki berkenaan untuk dijual kepada orang yang lalu-lalang di situ, bagaimanapun agak malang kerana sukar mendapatkan hasil berikutan kekangan pergerakan akibat PKP.

"Dia tak minta sedekah pun, dia hanya mencari rezeki dengan cara jual hasil tanamannya. Cuma dia kata susah sikit bila PKP ni kurang sumber pendapatan.

Iklan

"Semoga ALLAH meluaskan dan memudahkan rezeki pak cik. Ok jom kita bantu orang, nanti orang lain pula bantu kita,” kata Hakimy.

Hantaran yang mendapat 2,000 perkongsian dan 1,100 tanda suka dalam masa kurang 24 jam tersebut rata-rata menyentuh hati warganet.

Iklan

"Pak cik jauh, saya kat Selangor. Saya doakan semoga pakcik murah rezeki dunia akhirat,” kata pengguna Facebook, Rarra Bianca.

Pengguna Facebook, Bob Sunway II pada luahan komennya juga berharap agar orang Bertam dapat menghulurkan bantuan kepada warga emas berkenaan.