Pemilik haiwan peliharaan tingkatkan kebersihan: Noor Hisham

Iklan
Dr Noor Hisham - Foto Bernama

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menggesa pemilik haiwan peliharaan meningkatkan tahap kebersihan diri yang optimum bagi mengelakkan dijangkiti koronavirus (Covid-19) daripada binatang berkenaan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataannya berkata, pihaknya dihujani banyak persoalan mengenai jangkitan Covid-19 terhadap haiwan dan binatang peliharaan.

Iklan
Iklan

"Basuh tangan anda sebelum dan selepas mengendalikannya (haiwan) sekiranya tidak dapat menjauhkan diri darinya," katanya.

Menurutnya, KKM akan bekerjasama rapat dengan Jabatan Veterinar (DVS) untuk nasihat lanjut mengenai perkara tersebut.

Iklan

"Bagi pencinta haiwan, haiwan peliharaan dianggap sebagai sebahagian daripada keluarga mereka.

"Sekiranya kita tidak dapat menjauhkan diri dari haiwan dan binatang peliharaan, penting untuk menjaga kebersihan diri setiap masa termasuk ketika bersentuhan dengan haiwan dan binatang peliharaan," katanya.

Iklan

Semalam, BBC News melaporkan Harimau Malaya betina berusia empat tahun yang ditempatkan di Zoo The Bronx, disahkan Covid-19.

Haiwan diberi nama Nadia itu dipercayai mendapat jangkitan virus itu daripada penjaga di zoo berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Nadia, harimau Malaya betina dijangkiti Covid-19

Sebelum ini, terdapat dua kes positif Covid-19 melibatkan anjing peliharaan di Hong Kong selepas pemiliknya disahkan positif wabak berkenaan.

Jangkitan itu mewujudkan kebimbangan bahawa manusia akan dijangkiti wabak itu melalui haiwan peliharaan mereka.