Aktiviti judi dalam talian meningkat semasa PKP

Iklan
Abdul Hamid ketika bercakap pada sidang media di Ibu Pejabat PDRM Bukit Aman mengenai situasi semasa pada hari ke-20 PKP. - Foto SHARIFUDIN ABDUL RAHIM

KUALA LUMPUR - Aktiviti perjudian dalam talian menunjukkan trend peningkatan pada musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang mula dilaksanakan bermula 18 Mac lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, pihaknya mendapati sindiket itu menyasarkan 'kaki judi' yang berada di rumah sepanjang tempoh PKP ini.

Iklan
Iklan

"Saya difahamkan judi online ini berleluasa, saya bimbang wang Pakej Rangsangan Ekonomi Perihatin Rakyat yang disalurkan oleh kerajaan akan 'hilang' disebabkan perjudian online," katanya pada sidang media di Bukit Aman, hari ini.

Abdul Hamid turut menasihati orang ramai terhadap scammer yang cuba mengeksploitasi dengan menggunakan pelbagai helah untuk melakukan penipuan.

Iklan

"Sindiket penipuan ini akan mencari peluang untuk menipu mangsa apabila kerajaan mengumumkan bantuan akan disalurkan ke dalam akaun bank orang ramai," katanya.

Iklan