KKMM nafi dua laporan berita palsu berkaitan PKP

Iklan
Kenyataan KKMM berhubung penularan berita palsu.

PUTRAJAYA - Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) mengesahkan dua berita yang sedang tular di media sosial membabitkan wabak koronavirus (Covid-19) adalah palsu.

Pasukan Respon Pantas KKMM dalam kenyataannya hari ini menjelaskan, Ketua Polis Sandakan menafikan dakwaan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dilaksanakan di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Harmoni Batu 3, Sandakan, Sabah.

Iklan
Iklan

"Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) juga menafikan pihaknya ada mengeluarkan notis penutupan sementara Pos Laju di Selangor sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)," menurut kenyataan itu.