SHAH ALAM - Rakyat Malaysia dilihat begitu kreatif memanfaatkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan melakukan pelbagai aktiviti bagi memastikan hari-hari mereka terisi tanpa jemu.
Ada yang bertadarus, memasak, bersolat jemaah atau bersukan bersama keluarga, sementara ada pula yang berjaya menonjolkan bakat terpendam masing-masing bagi mengisi waktu terluang mereka.
Begitu juga, pelakon, Sweet Qismina atau nama sebenarnya Farhanna Qismina Supandi, 23, yang memperlihatkan sisi berbeza selain bakat lakonan dimiliki.
Menerusi Instagram beliau, Sweet memuat naik gambar bingkai cermin lama ibunya yang telah diperbaharui.
Sweet dilihat menggunakan semburan cat berwarna putih pada bahagian bingkai, sementara menggunakan cat khas warna pastel untuk melukis hiasan bunga pada bahagian tepi cermin.
"Today was fun (Hari ini sangat seronok). My whole day activity was changing my mum's vintage mirror to something more aesthetic pastel look (Sepanjang hari aktiviti saya mengubahsuai cermin klasik kepada sesuatu yang lebih estetik).
"Still need to touch up but I'm so happy sebab first time dapat lukis pada cermin, okaykan?" tulisnya.
Aktiviti dilakukan Sweet itu mendapat pujian daripada rata-rata pengikutnya yang menyifatkannya sebagai sangat kreatif.
Selain itu, ada juga yang bertanyakan tips serta jenis cat khas yang digunakannya.