Perangi Covid-19 tanpa lupa kebajikan rakyat

Iklan
Rakyat Malaysia kini dilihat peka dengan penularan wabak Covid-19 dengan mengamalkan penjarakkan sosial dan memakai topeng muka ketika membeli barangan keperluan harian. -Foto Bernama

BIARPUN Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telahpun tiga minggu dikuatkuasakan, kerajaan tetap mengambil berat terhadap keperluan asas rakyat jelata. Ini boleh dilihat kebanjiran orang ramai membeli belah di pasar awam, pasaraya dan kedai-kedai runcit yang berhampiran.

Di sebalik tempoh masa yang terhad untuk keluar rumah, kita seharusnya jangan lupa golongan tertentu yang memerlukan bantuan seperti makan, minum dan tempat tinggal.

Iklan
Iklan

Bagi keluarga yang hidup dalam serba kekurangan dan dihimpit masalah kewangan, lebih-lebihnya tidak mampu keluar rumah untuk mencari rezeki, dalam sekelip mata, mereka telah hilang pendapatan.

Begitu juga dengan gelandangan yang hilang tempat teduh dan mungkin terdeah dengan virus Covid-19. Kita juga tidak boleh meminggirkan golongan tua serta kanak-kanak yatim piatu yang tinggal di rumah kebajikan di segenap pelosok negara.

Iklan

Bagi kerajaan dan seluruh masyarakat yang menyedari nasib golongan yang memerlukan ini, pembelaaan perlu ditumpukan kepada mereka. Hulurkanlah bantuan dan sumbangan yang sepatutnya agar mereka mampu meneruskan kehidupan seperti biasa.

Di saat kita bersama memerangi virus yang telah membunuh puluhan ribu nyawa di seluruh dunia, pengorbanan petugas-petugas di barisan hadapan tidak boleh kita lupakan.

Iklan

Dengan menggadaikan nyawa merawat pesakit, doktor, jururawat dan petugas perubatan turut memerlukan barangan keperluan, topeng muka dan kelelengkapan perubatan lain. Kita sebagai rakyat yang berprihatin sesungguhnya boleh menghulurkan derma mengikut kemampuan kita.

Pada 28 Mac lalu, Sinar Harian telah mengaktifkan Tabung CovidSinar bagi membolehkan rakyat Malaysia tampi bersama-sama membantu barisan hadapan dalam mengumpulkan dana dan pelbagai kelengkapan.

Usaha itu juga bertujuan meringankan beban kumpulan berkenaan bagi menangani penularan Covid-19 dan setiap sumbangan daripada segenap rakyat Malaysia akan disalurkan terus kepada barisan hadapan yang memerlukan.

Virus yang berbisa ini telah memudaratkan kehidupan seluruh dunia dan manusia sejagat. Adalah dijangkakan, usaha memerangi wabak Covid-19 tidak akan berakhir dalam tempoh yang singkat, mungkin akan memakan masa berbulan-bulan malahan bertahun.

Kerajaan kini selain berusaha memastikan rakyat dapat menghindari daripada wabak Covid-19 ini, masalah kemelesetan ekonomi negara dan kebajikan rakyat juga perlu ditangani dengan baik.

Bebanan kerajaan amat berat dalam usaha memulihkan keadaan ekonomi negara serta memastikan kehidupan rakyat tidak terabai. Pelan pembangunan negara perlu disusun sebaik sahaja penularan wabak ini berakhir.