Kantoi mabuk tepi sungai

Iklan
Noorzainy (berdiri dua dari kanan) memeriksa sembilan lelaki yang ditahan.

BUTTERWORTH- Sembilan lelaki ditahan selepas melepak sambil meminum minuman keras di kawasan tepi sungai Ujong Batu, di sini petang tadi.

Dalam kejadian jam 5 petang itu, pasukan polis yang melakukan pemantauan Ops koronavirus (Covid-19) di kawasan berkenaan telah mengarahkan kumpulan itu untuk bersurai dan pulang ke rumah masing-masing namun mereka dikatakan tidak mengendahkan arahan itu.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, disebabkan tidak mempedulikan amaran dan ingkar dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kesemua lelaki berusia diantara 21 hingga 34 tahun ditahan.

"Hasil pemeriksaan di lokasi berkenaan menemui botol minuman keras dan dua botol air berkarbonat selain sembilan cawan plastik.

Iklan

"Kesemua mereka juga gagal memberikan alasan munasabah duduk di kawasan itu walaupun menyedari mereka sepatutnya perlu berada di rumah dengan mematuhi PKP,"katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sembilan cawan plastik yang ditemui di lokasi berkenaan.

Noorzainy berkata, mereka yang ditahan terdiri empat pelajar kolej swasta,juruteknik, pekerja kilang dan buruh malah semakan yang dibuat mendapati ada di antara mereka mempunyai rekod jenayah lampau.

Iklan

Katanya, mereka dibawa balik ke Ibu Pejabat Polis Daerah SPU dan akan direman untuk tindakan lanjut.

"Kesemua individu yang ditahan disiasat di bawah Peraturan 11 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020.

"Mereka juga akan disiasat mengikut Seksyen 21 Kanun Keseksaan iaitu mabuk ditempat awam,"katanya.

Dalam pada itu, Noorzainy memberi peringatan kepada orang ramai khususnya di daerah SPU agar patuh dengan PKP dan pihaknya akan terus melakukan pemantauan secara berterusan bagi memastikan rantaian wabak Covid-19 dapat diputuskan.