Rosmah tak pernah mohon Bantuan Prihatin Nasional: Najib

Iklan
Bekas Perdana Menteri itu nafi isterinya membuat permohonan Bantuan Prihatin Nasional

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor membuat permohonan dan diluluskan untuk menerima Bantuan Prihatin Nasional.

"Ada posting yang sedang disebar oleh penulis media sosial PH (Pakatan Harapan) bahawa bini saya telah diluluskan untuk menerima Bantuan Prihatin Nasional sebanyak RM800.

Iklan
Iklan

"Seperti diumumkan, kerajaan akan membayar bantuan secara automatik mengikut"database" LHDN (Lembaga Hasil Dalam Negeri) tanpa perlu dimohon.

"Bagaimanapun, bini saya kata dia tak pernah memohon dan juga tak pernah menerima SMS bahawa dia layak untuk dibayar RM800 itu," katanya menerusi entri terbaharu di Facebooknya sebentar tadi.

Iklan

Najib yang juga bekas Presiden UMNO berkata, jika ia benar dan wang RM800 itu dibayar secara automatik ke dalam akaun bank isterinya ia akan disumbangkan kepada Tabung Covid Kerajaan.

"Sebenarnya, saya menyambut baik usaha kerajaan PN (Perikatan Nasional) untuk cuba membantu seberapa ramai rakyat yang mungkin dalam krisis Covid luar biasa ini.

Iklan

"Sesiapa lagi yang menerima bayaran bantuan ini dari kerajaan PN dan rasa mereka tidak memerlukannya, boleh salurkan bayaran itu kepada Tabung Covid," katanya.

Menurutnya, tabung itu dikendalikan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), sumbangan boleh disalurkan kepada akaun 16010001138714 (Bank Muamalat - Tabung Bantuan Bencana Negara).

"Inilah cara paling mudah untuk mengembalikan wang tersebut kepada kerajaan," tambahnya.