Ada yang cuba balik ke negara asal secara senyap: KPN

Iklan
Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendedahkan terdapat warga asing yang cuba kembali ke negara asal secara haram melalui jeti yang terdapat di sempadan negara semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, ia berikutan polis telah menahan lima lelaki serta seorang wanita warga Bangladesh dan Myanmar antara 19 hingga 23 Mac lepas yang cuba kembali ke negara asal melalui Padang Besar, Perlis.

Iklan
Iklan

"Berdasarkan trend ini, kami juga akan melakukan pemantauan di jeti berhampiran sempadan bagi mengelak kemasukan warga asing yang boleh mengundang penularan wabak koronavirus (Covid-19),” katanya dalam sidang media khas di Bukit Aman, di sini.

Dalam perkembangan lain, Abdul Hamid berkata, petugas media dibenarkan membuat liputan secara langsung di lokasi sekatan jalan raya dengan mematuhi prosedur operasi standard dan ia tidak menjadi isu kepada PDRM.

Iklan
Iklan

"Perkara itu bergantung kepada budi bicara petugas media sama ada mereka hendak buat (liputan) atau tidak, namun perlu mematuhi prosedur operasi standard yang ditetapkan,” katanya. -Bernama