Colombia lanjut kuarantin mandatori sehingga 26 April

Iklan
Twitter Presiden Ivan Duque

BUENOS AIRES - Pihak berkuasa Colombia melanjutkan lagi tempoh kuarantin mandatori di negara ini sehingga 27 April untuk mengekang penularan wabak koronavirus (Covid-19), lapor agensi berita Sputnik.

"Langkah yang diambil itu memberikan hasil positif. Dengan mengambil kira sifat virus dan menilai maklumat sistem penjagaan kesihatan, kami memutuskan untuk melanjutkan pengasingan mandatori sehingga 23:59, 26 April," tulis Presiden Ivan Duque di Twitter.

Iklan
Iklan

Colombia pada 24 Mac lalu menguatkuasakan perintah kuarantin yang tamat pada 13 April.

Mereka yang tidak mematuhi arahan itu boleh didakwa melakukan kesalahan jenayah, jika disabitkan bersalah boleh dipenjara antara empat hingga lapan tahun serta denda.

Iklan

Pada masa ini di Colombia seramai 1,579 orang dijangkiti Covid-19 dengan 46 kematian.

Menurut Johns Hopkins University, di seluruh dunia lebih 1,337,000 positif Covid-19 dan lebih 74,000 orang meninggal dunia manakala lebih 276,000 pesakit sembuh. - Bernama

Iklan