SUNGAI BESAR - Pasukan Polis Marin (PPM) berjaya menahan sebuah bot tunda kelas B1 bersama tekong dan dua nelayan warga asing yang didapati melakukan aktiviti menangkap ikan di Laut Sungai Besar menerusi Op Covid-19 kelmarin.
Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Pelabuhan Klang, Deputi Superintendan Hazri Zakaria berkata, hasil pemeriksaan, tekong terbabit adalah warga tempatan berusia 50 tahun manakala dua awak-awak tersebut merupakan warga Indonesia berusia 39 dan 43 tahun.
"Siasatan turut mendapati suspek telah melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985 dengan melanggar syarat lesen seperti menggunakan pekerja asing tanpa kebenaran bertulis daripada Pengarah Perikanan Negeri," katanya kepada Sinar Harian hari ini.
Beliau berkata, PPM kemudiannya merampas pelbagai jenis ikan seberat 30 kilogram bernilai RM300.
Katanya, hasil tangkapan itu dipercayai untuk pasaran tempatan dan mereka aktif melakukan kegiatan itu sejak setahun lalu," katanya.
Tambahnya, kes diserahkan kepada Pegawai Penyiasat Jabatan Perikanan Kuala Selangor untuk tindakan lanjut.