Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) tampil proaktif membantu barisan atlet Para negara apabila mengedarkan Healthcare Kit MPM kepada kira-kira 60 atletnya yang tinggal di sekitar Lembah Klang ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan berikutan penularan wabak koronavirus (Covid-19).
Menurut Presiden MPM, Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin, inisiatif itu diperkenalkan selepas memikirkan ia antara bentuk bantuan yang boleh disalurkan MPM kepada atlet Para dan sebagai tanda pihaknya sentiasa menitikberatkan soal kebajikan atlet.