Rondaan Ops Covid-19 berkas pengedar syabu

Iklan

KUANG - Polis menahan dua lelaki di kawasan berhampiran Tasik Biru kelmarin kerana dilihat dalam keadaan mencurigakan ketika menjalankan rondaan Ops Covid-19.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Selangor, Asisten Komisioner R Sundralingam berkata, kereta peronda polis (MPV) Balai Polis Kuang mengesan sebuah kereta jenis Honda City ketika menjalankan operasi itu kira-kira jam 3.15 petang.

Iklan
Iklan

Menurutnya, anggota terbabit kemudian membuat pemeriksaan dokumen ke atas dua lelaki berusia 33 dan 34 tahun sebelum mendapati salah seorang daripada mereka dilihat cuba membuang bungkusan plastik berkenaan.

"Pemeriksaan lanjut menemui plastik yang di dalamnya mengandungi empat paket plastik lut sinar berisi serbuk disyaki syabu seberat 54 gram yang dianggar bernilai RM2,800," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Iklan

Beliau berkata, suspek dipercayai dalam perjalanan dari Ampang untuk mengedar dadah terbabit.

Katanya, soal siasat juga mendapati suspek aktif menjalankan kegiatan itu sejak lima bulan lalu.

Iklan

"Kedua-dua suspek kini direman tujuh hari sehingga Ahad ini untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.